Penulis : serbansongket
Ada yang bertanya tentang berita ini kepada Penulis. Secara ringkasnya ialah :
- Harga kereta import masih 300% dikenakan cukai oleh kerajaan.
- Yang kaya ada AP, akan terus lagi kaya.
- Nak kasi 'franchise kereta' buka di Malaysia dengan membunuh 'industri kereta tempatan'.
- Harga barang terkawal ( gula, beras, minyak etc) dalam masa terdekat akan naik harga sebab yang dok kawal harga nie adalah pemborang yang ada AP dari kementerian. Sape yang kawal harga dan naikkan harga tu?.Sila tgk senarai siapa yang dapat AP barang2 tu..
- Banyak lagi boleh ditafsirkan dari berita ini.
Sape-sape yang dok oversea bermimpi balik nie nak beli keta import murah kat Malaysia, kena tunggu kerajaan BN kepada BA..walbalik asal kepada huruf 'A'
Tiada lagi AP terbuka - Muhyiddin
31/03/2008 5:11pm
KUALA LUMPUR 31 Mac — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata tiada lagi Permit Import (AP) Terbuka baru bagi kereta akan dikeluarkan.
“Ia adalah garis panduan dasar yang amat jelas,” katanya di sidang akhbar selepas melawat pejabat Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia(MIDA) di sini.
“Kini terdapat pemegang AP sedia ada. Kerajaan telah membenarkannya dan mereka akan terus mempunyai bilangan AP sebanyak itu,” katanya ketika ditanya mengenai pendiriannya mengenai AP.
Muhyiddin telah diberikan portfolio MITI, menggantikan bekas menterinya, Datuk Seri Rafidah Aziz, dalam kebinet baru selepas pilihanraya umum baru-baru ini.
“Kepada mereka yang telahpun beroperasi,. .. tiada AP baru akan diberikan kecuali jika mereka memperolehi francais daripada sebarang pembuat kereta di dunia,” katanya.
Bagi syarikat pemegang francais baru, mereka boleh memohon untuk mendapatkan AP, katanya.
Syarikat itu akan diberikan peluang untuk membawa masuk kereta berdasarkan kepada perjanjian francais baru yang mereka telah tanda tangani, katanya.
Muhyiddin berkata permit baru tidak juga sewenang-wenang dikeluarkan bagi perdagangan barangan terkawal lain di negara ini.
Mengenai gula, katanya tiada lesen baru dikeluarkan untuk membantu kilang gula sedia ada.
“Ini ialah mengenai dasar,” katanya, sambil menyatakan tiada perubahan dalam dasar AP akan dilakukan sekarang setelah beliau mengambil alih kementerian itu.
No comments:
Post a Comment