Monday, March 24, 2008

Pusat Khidmat Masyarakat Adun/Parlimen : Pengendalian yang berkesan

Selalu kita terbaca di dada akhbar kejayaan ADUN/MP untuk mengekalkan kerusi ADUN/Parlimen selalu bergantung sejauh mana kekuatan ADUN/MP menjaga 'Pusat Khidmat Masyarakat' (PHM )mereka.

Penulis tidak tahu sejauh mana kajian ilmiah secara akademik telah di buat bagaimana ADUN/MP sebelum ini menggerakkan PHM. Jika telah dibuat kajian oleh para sarjana atau pemegang Phd mengolah persoalan ini, adalah lebih baik diwar-warkan oleh media perdana agar semua masyarakat dapat manfaat dari PHM.

Jika kita ziarah PHM yang berlainan ( sama ada dari berlainan parti @ berbeza kawasan dari parti sama), maka kita pasti akan mendapati corak yang berbeza pentadbirannya, layanannya, bentuk pejabatnya, bunga, hiasan dan lain-lain. Kadang-kala jika kita ingin mengadu sesuatu perkara, barulah petugas di PHM akan mengambil pen di atas meja dan membuka kertas baru untuk mencatat dengan sebaiknya.

Perkara ini selalu berulang-ulang untuk masalah yang sama di adu. Apatah salahnya di PHM tersebut dibuka satu fail khas dengan pelbagai masalah. Jika di adu dengan masalah longkang, bukalah fail 'longkang' beserta dengan gambar yang telah diambil (jika ada), nombor masalah tersebut dilaporkan, nombor urusan setakat mana perkara tersebut dilanjutkan kepada pihak berkuasa ( sama ada JKR, Majlis Perbandaran, Pemaju Perumahan, Telekom, TNB ) yang terbabit dan lain-lain.

Setelah berlalu PRU 12, rakyat berhak mendapat 'durian runtuh' dari semangat YB ADUN/MP yang baru. Tetapi selepas PRU ini, nampaknya ada wakil rakyat yang masih goyang untuk memberi khidmat secara berterusan kepada masyarakat. Sepatutnya perkara ini tidak perlu berlaku.

Mungkin pada peringkat ini ,rakyat di seluruh negara yang prihatin perlu mewujudkan satu badan bebas untuk memantau semua pusat PHM di seluruh negara agar rakyat mendapat manfaat sebaiknya. Mungkin NGO tersebut boleh dinamakan Pemantau Pusat Khidmat Masyarakat Adun Parlimen (PPKMAP)


img265/4769/harakahefdb52gu9.png
Leong Ngah Ngah dedah rahsia kejayaan

Basiron Abdul Wahab

MENTAKAB, 24 Mac (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Triang, Pahang Leong Ngah Ngah mendedahkan rahsia kejayaannya mempertahankan kerusi Dun berkenaan selama empat penggal berturut-turut ialah kerana khidmat masyarakat yang diberikanya.

Berucap merasmikan Pusat Khidmat Rakyat, Barisan Alternatif (BA) di Mentakab berliau menyatakan, semuanya bermula pada tahun 1984, iaitu dua tahun sebelum beliau menyertai pilihan raya umum 1986.

Menurutnya, walaupun telah dua tahun memberi khidmat masyarakat, beliau belum menang dalam pilihan raya umum 1986 itu, tetapi beliau tidak putus asa untuk meneruskan khidmatnya.

Pada tahun 1990 beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya dan menang sehinggalah ke hari ini (2008).

Katanya, khidmat kepada masyarakat ini penting kerana tidak semua orang tahu bagaimana untuk membuat urusan dengan pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya.

"Walaupun tidak semua perkara yang kita uruskan itu berhasil tetapi sekurang-kurangya rakyat tahu kita telah berusaha membantu mereka.

"Pusat Khidmat ini sangat penting kepada masyarakat dan masyarakat boleh memanfaatkannya," ujarnya. - mns. img265/4769/harakahefdb52gu9.png


No comments: