Tajuk di atas dipilih untuk mereka-mereka di mana Kerajaan Negeri yang tak berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.
Gambar di bawah ini pasti menceritakan betapa sibuk benar Menteri Besar Perak yang tak ada gelaran 'Tun, Tan Sri ,Datuk Seri atau Dato'. (Gelaran Tuk atau Tuk Wan penulis tak pasti )
http://siasahdaily.blogspot.com/
Perak perkenal enam pendedakatan baru
(Gambar…akibat kesibukan, Nizar (tengah) hanya sempat makan tengahari dengan nasi bungkus jam 4.00 petang di pejabatnya)
Cuma persoalannya, siapakah yang berani menjual nasi bungkus kepada MB baru ini? Inilah persoalan terbaru rakyat Perak sekarang ini
Sidang Media yang boleh diperbaiki lagi
Mungkin ramai yang sudah melihat video di TVPas.com yang bertajuk 'SIDANG MEDIA KERAJAAN BARISAN RAKYAT NEGERI PERAK' .
Pada minit yang ke 13:58 antum pasti terjumpa sesuatu yang menceriakan dan menceritakan betapa kukuhnya ikatan sesama EXCO Kerajaan Negeri Perak!
Dah tengok ke sebelum meneruskan pembacaan?
{Tengok dulu ler Pak Angah ngan 'Mak de' nyer ( panggilan kepada makcik-makcik di kampung dalam bahasa Perak) . Kalo kome tak tengok, ate macam mana teman nak ceghite nyer.}
'Slow sikit bahasa' , itulah ungkapan keramat yang terpancul dari peneman sebelah MB. Ungkapan tersebut disambut ceria oleh MB dengan menurunkan nada suara beliau, mungkin sebelum itu diasak oleh wartawan khayal @ penagih dari Utusan Meloya, Berita Hairan etc.
Dari lagak respon sepontan MB tersebut, menggambarkan dengan jelas bahawa inilah Barisan kepimpinan rakyat yang mendengar suara hati rakyat. Pakatan rakyat yang berani berlawan dengan penguasa media yang kejam.Tahniah sekali lagi kepada MB Nizar dengan kerja keras beliau.
Backdrop.
Dari pemerhatian penulis beberapa sidang akhbar yang dibuat oleh 'Pakatan Rakyat', nampaknya ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki. PR masih tidak memberi 'priority' kepada backdrop di mana sidang media untuk diadakan. Banyak 'political party and political leaders' dunia yang memberi perhatian di mana sidang media diadakan.
Bukan untuk berbelanja besar mengadakan semua itu, cukup sekadar mencari 'shoot yang cantik' untuk pemandangan belakang sidang media.Atau untuk lebih mudah lagi, sediakan satu kain pemidang ( yang cantik dan profesional) dan di bawa ke mana-mana oleh SU Akhbar, SU Politik atau dalam beg MB sendiri sebelum mengadakan sidang media.
Tujuannya sudah pastilah bukan untuk menunjuk-nunjuk, membazir atau lebih baik menumpukan kepada 'isu sidang media', tetapi ini ialah salah satu cara untuk menaikkan imej PR di mata masyarakat yang menuntut mereka bekerja secara profesional.
Insyallah Rakyat pasti boleh akan berjaya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://siasahdaily.blogspot.com/
Perak perkenal enam pendedakatan baru
IPOH, 2 April: Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan enam perkara baru yang akan dilaksanakan di negeri itu segera, kata Menteri Besarnya, Mohamad Nizar Jamaludin.
(Gambar…akibat kesibukan, Nizar (tengah) hanya sempat makan tengahari dengan nasi bungkus jam 4.00 petang di pejabatnya)
Enam perkara itu adalah:-
1) 1/3 dari anggota majlis kerajaan tempatannya akan dilantik di kalangan bukan anggota mana-mana parti politik.
2) Mengisytiharkan semua harta milik anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
(Gambar…akibat kesibukan, Nizar (tengah) hanya sempat makan tengahari dengan nasi bungkus jam 4.00 petang di pejabatnya)
Enam perkara itu adalah:-
1) 1/3 dari anggota majlis kerajaan tempatannya akan dilantik di kalangan bukan anggota mana-mana parti politik.
2) Mengisytiharkan semua harta milik anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
3) Memberikan kontrak secara tender terbuka dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat negeri Perak.
4) Menubuhkan penal Lembaga Aduan Rakyat untuk mendengar aduan tentang pegawai kerajaan, wakil rakyat dan anggota Exco kerajaan negeri.
5) Menubuhkan badan audit luar untuk menilai semua badan-badan kerajaan negeri secara berkala.
6) Memberikan geran kekal untuk penduduk kampong tersusun dan kampong baru setelah tarafnya disah atau digezetkan oleh kerajaan dan penduduk berkenaan memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan.
berita lagi
No comments:
Post a Comment