Saturday, March 22, 2008

Perak Ku Yang Baru

Email dari exco Anak Perak UK Ireland...Menarik kupasan yang dibuat..sungguh teliti serta bermaklumat..
img502/3690/600pxflagofperaksvgc57fft8.png
------------------------------------------------------------------------------------------------

Baru nie seorang rakan singgah ke rumah. Satu ayat yang saya tak leh terima iaitu, "bodoh betoi orang Perak berMB kan parti yang ada 6 ADUN dan menjadi puppet kepada parti gabungannya" .

Sebagai rakyat perak saya tersentak dgn statement tersebut, bukan kerana saya penyokong atas mana-mana parti tersebut tetapi terguris bila rakan saya tu cakap 'orang perak'. Sebagai anak perak dan rakyat malaysia. Pendirianku sekarang ialah PAK LAH ADALAH PMku DAN HJ NIZAR ADALAH MBku. Itulah profesionalisme yg kita mesti terima. Mengulas sentakkan tadi saya ingin mengulas dari sudut sejarah dan politiknya.

img146/7886/117340190706badawiafpgewn5.png

Mungkin pelik kerana Menteri Besar Perak itu daripada PAS dan yang menang majoritinya adalah DAP. Dengan kekuatan enam kerusi yangdimenangi oleh PAS adalah angka yang terlalu jauh untuk dibandingkan dengan bilangan kerusi DAP Perak yang memperolehi 18 kerusi dan PKRyang mendapat tujuh kerusi.

Diperkenan oleh Pemangku DYMM Sultan Perak

img337/9035/raja12190507persandingasg7.png

Dari segi agihan kerusi EXCO juga memperlihatkan kekuatan angka tidak berada pada YAB Nizar kerana PAS hanya memiliki satu kerusi Exco berbanding DAPyang mempunyai enam dan PKR pula tiga.Kini kekuatan angka hanya satu andaian yang tidak tepat pada semua tempat dan keadaan. Pelantikan dan perkenan dari DYMMSultan Perak kepada pemilihan YAB Ir. Hj. Nizar menunjukkan pelantikan ketua kerajaan negeri harus juga dinilai dari segi kekuatan peribadi. Berdasarkan latar belakang MB Perak, agak sukar bagi DAP dan PKR juga BN untuk mempertikaikan potensi keupayaannya.

Negeri Sabah

img170/5588/nov06sabahc57f82zs5.png

Di Sabah, sejak pelaksanaan sistem penggiliran Ketua Menteri, parti-parti kecil dalam komponen Barisan Nasional berhakuntuk mengetuai kerajaan negeri Sabah. Pelantikan Ketua-ketua Menteridaripada UMNO tidak dipertikaikan tetapi bagaimana pelantikan Ketua Menteri Sabah seperti Yong Teik Lee daripada SAPP sebuah parti kecildan Chang Kah Kiat (LDP) sebuah parti yang hanya ada dua ADUN sahaja?

Ribut Politik Di Pulau Pinang.

img246/2610/apmalaysia1041228sshc57ah0.png

DiPulau Pinang, walaupun UMNO yang memenangi banyak kerusi DUN tetapiparti Gerakan yang diberikan jawatan Ketua Menteri.Bukan sepenggal tetapi berpenggal-penggal lamanya. Tidak pernah berlaku, selepasGerakan menguasai Pulau Pinang, orang Melayu khususnyua daripada UMNOyang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tun Razak sendiri pernah berjanji akan memberikan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sewaktu usaha penubuhan Barisan Nasional 1973, Adakah ketika itu, Ketua Menteri Pulau Pinang menjadi `puppet' pada UMNO? Atau sebaliknya, UMNO menjadi `puppet' kepada Gerakan? Ini sekadar satu lontaran soalan yang menuntut kajian terperinci sebelum menjawabnya. namun kenapa tiada seorang pun antara kita yg mengherdik orang Penang dan Sabah sebelum ini.

Peringkat Antarabangsa

img509/7950/musharaftiredc57fa1sb8.png

Apabila kita meninjau ke peringkat politik antarabangsa, pakatan politik antaraNawaf Sharif yang mengetuai PML (N) ataupun Liga Muslim Pakistan dengan Benazir Bhutto yang memimpin PPP dalam memberikan tekanan politik keatas General Musharraf untuk melepaskan kuasanya. Walaupun antara PPPdengan PML (N) mempunyai pertentangan dasar tetapi dalam berhadapan General Musharraf mereka berpakat. Bahkan pakatan ini sebenarnya melibatkan 33 buah parti politik. Apabila Benazir Bhutto mati terbunuh,pakatan politik itu diteruskan dan Asif Ali Zardari, suami BenazirBhutto kemungkinan akan dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan dengan sokongan oleh Nawaf Sharif.

img176/1527/displayc57fa1hz4.png

Begitu juga ia berlaku di Turki sewaktu Najmuddin Erbakan memimpin parti Refah menang 33.5% dan terpaksa berkongsi dengan parti sekular TPP pimpinan Tansu Ciller yang mendapat 21.1%. Pada tahun 1996, Najmuddin menjadi Perdana Menteri dengan bekerjasama musuh politiknya, Mesut Yilmez(ANAP) dan Tansu Ciller (TPP) untuk membentuk sebuah kerajaan campuran.Terdapat banyak contoh yang boleh diberikan untuk menunjukan terdapat situasi politik yang sama dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya.

Rasional la sikit

img237/7218/rationalc57fb1iz4.png

Akhir kata wahai rakan-rakan academician, walau apapun yg berlaku di malaysia, kita disini perlulah rasional dan dan jangan sebab isu di Malaysia kita tidak menjaga ukhuwah dan persahabatan dan bahasa kite.

No comments: