Terbaca artikel dalam Al-Jazeera ini, teringat kembali kepada protes rakyat Indonesia kepada kenaikan harga beras di Jakarta awal bulan ini.
Apakah lumpuhnya majoriti 2/3 BN pada PRU 12 menyebabkan kepekaan mereka akan jadi cacat cela kepada kehendak asasi rakyat? Adakah kesukaan BA dengan kemenangan juga telah menghilangkan isu ini bersama gelak ketawa di stadium-stadium besar yang baru di sewa untuk berceramah?
Mereka berhak menangis dengan kekalahan, mereka berhak ketawa dengan kemenangan kerana itulah jalan kepada perjuangan dan pertandingan. Tetapi dalam tawa dan tangis itu janganlah diketepikan isu besar dan utama ini.Tiada beras bermakna rakyat tidak boleh makan. Apa peduli siapa memerintah, rakyat akan bangun memberontak untuk mendapatkan keperluan hidup. Suara rakyat, suara keramat!
Isu Globalisasi.
Inilah tempias kepada fenomena globalisasi di mana makanan ruji rakyat sesebuah negara terpaksa di kongsi dengan masyarakat dunia. Permintaan beras semakin meningkat di negara Afrika dan Timur Tengah dan termasuk di Eropah sendiri. Inilahkan akibatnya iklan 'Uncle Bean, serves in 2 minutes'.Iklan Global!
Inilah peranan semua orang untuk menyedarkan betapa peri pentingnya kerajaan yang memihak kepada 'keperluan asas' rakyat. Mungkin kepada yang berada di Eropah, bolehlah menyedarkan kepada rakan-rakan sekerja mahupun rakan sekelas jangan makan nasi kerana kami di Asia perlukan beras yang 'you' makan. Mungkin sekadar pandangan .
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Asian rice crisis starts to bite | ||||
| ||||
No comments:
Post a Comment