Saturday, March 22, 2008

Bersetuju - Seolah satu penghinaan

Memang sangat bersetuju, ini satu penghinaan! ada ke sebagai rakan dalam satu 'barisan' boleh nak main risik-risik lak...Apa dah jadi dengan Setiausaha Agung UMNO yang baru nie! berunding kan lebih baik..

------------------------------------------------------------------------------------

Pasukan risikan satu penghinaan

KOTA KINABALU 22 Mac - Parti Maju Sabah (SAPP) menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) pusat menghantar pasukan risikan ke Sabah dan Sarawak bagi menyiasat ahli Parlimen negeri ini dianggap satu penghinaan.

Presidennya, Datuk Yong Teck Lee berkata, ia merupakan penghinaan kepada ahli Parlimen BN negeri ini jika mereka disoal siasat oleh rakan seperjuangan mereka dari Semenanjung.

"Ini sebahagian daripada intipan terhadap parti komponen BN di Sabah yang saya rasa satu penghinaan.

"Ia seolah-olah kami di sini kurang setia berbanding ahli Parlimen di Semenanjung sedangkan kami berhak mendapat lebih penghormatan dan penghargaan daripada pucuk pimpinan BN," katanya ketika ditemui di sini hari ini.img89/4599/logo1c57f53vk5.png

No comments: