Monday, March 31, 2008

Fuh! Lega jap! Adun Buntong keluar-masuk DAP

img245/8537/vcbbfg756047qh4.png
Nasib baik makan nasik goreng waktu lunch nie, kalau makan gulai tempoyak ikan patin kuale kangso, mahunyer berapi-api keluar asar dari telinga. Rasa nak terbelahak baca berita awal malaysiakini tadi, lepas tu baru ada update kata Adun DAP tak kuar dari DAP..fuhh!

Aduis! dugaan betui la BA kat Perak nie..Ada kawan-kawan bagi tempoh dalam 2 tahun 1/2 jer BA perintah Perak, lepas tu chow! entah lah! harap2 telahan diaorang tu tak betui la..

Tapi depa dok bagi signal gak, BN kat Perak cukup ligat sekarang nie main sentimen sampai Istana pun dah sound sikit2. BN tgh ligat dok cari 3 -4 Adun masuk BN, katanya ada yg nak melekat...iskh2! jangan la mcm tu harap2nyer..

Mai la kita doa sama-sama harap2 bertahan la kerajaan BA di Perak sampai PRU 13 dan Allah perkukuhkan hati pimpinan agar bersatu hati.


http://www.malaysia kini.com/ news/80623

Adun Buntong keluar-masuk DAP
Mar 31, 08 3:09pm
Terkini: Kejutan pengunduran wakil rakyat Buntong, A Sivasubramaniam, daripada DAP berakhir petang ini apabila beliau menarik balik surat itu selepas enam jam.


Berita asal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Sivasubramaniam, hari ini keluar daripada DAP sebagai membantah pengagihan barisan exco negeri Perak yang membelakangkan wakil rakyat India.
img413/6079/picasivasubramaniam777ble6.png

Dalam suratnya kepada setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa, pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham gagal menunaikan janjinya untuk melantik dua wakil rakyat kaum India menganggotai barisan exco negeri itu.

No comments: