Rentetan dari tulisan sebelum ini 'Apakah kerajaan BN dan BA ambil pusing? 'Asian rice crisis starts to bite'.
Nampak ada gerak isyarat bagi kerajaan menjaga perkara asas dalam keperluan rakyat. Syukur! Walaupun nampak rapuh kenyataan yang dibuat YB TPM, sekurang-kurang tidak naik harga pun, sudah sangat memadai.
Harga beras tidak naik – Najib
KUALA LUMPUR 31 Mac – Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga beras, walaupun harga komoditi lain terus meningkat pada masa ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebaliknya kerajaan akan memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi termasuk mendapatkannya dari negara-negara jiran.
‘‘Kerajaan sedang memantau keadaan itu dengan serius dan kita perlu memastikan keperluan beras mencukupi.
‘‘Kita sedar berlaku kekurangan bekalan dalam pasaran sekarang dan kita perlu mendapatkannya dari negara serantau,’’ katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan prospektus Dayang Enterprise Holdings Bhd., di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai bekalan beras di negara ini dan kedudukan harga-harga komoditi lain yang tinggi mungkin menjejaskan subsidi beras.
Kebimbangan ke atas bekalan beras itu timbul berikutan permintaan tinggi terhadap bekalan itu di rantau ini.
Najib berkata, kerajaan perlu mendapatkan bekalan beras dari luar negara kerana sebarang usaha untuk menambah bekalan di dalam negara akan mengambil masa.
Tambah beliau, Majlis Kawalan Harga Negara akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kaedah untuk mengawal kenaikan harga barang agar tidak membebankan orang ramai.
No comments:
Post a Comment