Monday, March 31, 2008

img460/1859/pensilserban2oz1.jpg
Penulis : serbansongket

Ada yang bertanya tentang berita ini kepada Penulis. Secara ringkasnya ialah :
img151/6383/jetvw2721542rx9.png
  • Harga kereta import masih 300% dikenakan cukai oleh kerajaan.
  • Yang kaya ada AP, akan terus lagi kaya.
  • Nak kasi 'franchise kereta' buka di Malaysia dengan membunuh 'industri kereta tempatan'.
  • Harga barang terkawal ( gula, beras, minyak etc) dalam masa terdekat akan naik harga sebab yang dok kawal harga nie adalah pemborang yang ada AP dari kementerian. Sape yang kawal harga dan naikkan harga tu?.Sila tgk senarai siapa yang dapat AP barang2 tu..
  • Banyak lagi boleh ditafsirkan dari berita ini.
Yang penting kita kena ingat dan berwaspada, walaupun bertukar Menteri, dasarnya adalah sama juga. UMNO tetap UMNO. BN tetap BN.

Sape-sape yang dok oversea bermimpi balik nie nak beli keta import murah kat Malaysia, kena tunggu kerajaan BN kepada BA..walbalik asal kepada huruf 'A'

img89/4599/logo1c57f53vk5.png

Tiada lagi AP terbuka - Muhyiddin

img357/4720/muhyiddinyasin373f906xz5.png

31/03/2008 5:11pm

KUALA LUMPUR 31 Mac — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata tiada lagi Permit Import (AP) Terbuka baru bagi kereta akan dikeluarkan.
“Ia adalah garis panduan dasar yang amat jelas,” katanya di sidang akhbar selepas melawat pejabat Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia(MIDA) di sini.
“Kini terdapat pemegang AP sedia ada. Kerajaan telah membenarkannya dan mereka akan terus mempunyai bilangan AP sebanyak itu,” katanya ketika ditanya mengenai pendiriannya mengenai AP.
Muhyiddin telah diberikan portfolio MITI, menggantikan bekas menterinya, Datuk Seri Rafidah Aziz, dalam kebinet baru selepas pilihanraya umum baru-baru ini.
“Kepada mereka yang telahpun beroperasi,. .. tiada AP baru akan diberikan kecuali jika mereka memperolehi francais daripada sebarang pembuat kereta di dunia,” katanya.
Bagi syarikat pemegang francais baru, mereka boleh memohon untuk mendapatkan AP, katanya.
Syarikat itu akan diberikan peluang untuk membawa masuk kereta berdasarkan kepada perjanjian francais baru yang mereka telah tanda tangani, katanya.
Muhyiddin berkata permit baru tidak juga sewenang-wenang dikeluarkan bagi perdagangan barangan terkawal lain di negara ini.

Mengenai gula, katanya tiada lesen baru dikeluarkan untuk membantu kilang gula sedia ada.
“Ini ialah mengenai dasar,” katanya, sambil menyatakan tiada perubahan dalam dasar AP akan dilakukan sekarang setelah beliau mengambil alih kementerian itu.

Fuh! Lega jap! Adun Buntong keluar-masuk DAP

img245/8537/vcbbfg756047qh4.png
Nasib baik makan nasik goreng waktu lunch nie, kalau makan gulai tempoyak ikan patin kuale kangso, mahunyer berapi-api keluar asar dari telinga. Rasa nak terbelahak baca berita awal malaysiakini tadi, lepas tu baru ada update kata Adun DAP tak kuar dari DAP..fuhh!

Aduis! dugaan betui la BA kat Perak nie..Ada kawan-kawan bagi tempoh dalam 2 tahun 1/2 jer BA perintah Perak, lepas tu chow! entah lah! harap2 telahan diaorang tu tak betui la..

Tapi depa dok bagi signal gak, BN kat Perak cukup ligat sekarang nie main sentimen sampai Istana pun dah sound sikit2. BN tgh ligat dok cari 3 -4 Adun masuk BN, katanya ada yg nak melekat...iskh2! jangan la mcm tu harap2nyer..

Mai la kita doa sama-sama harap2 bertahan la kerajaan BA di Perak sampai PRU 13 dan Allah perkukuhkan hati pimpinan agar bersatu hati.


http://www.malaysia kini.com/ news/80623

Adun Buntong keluar-masuk DAP
Mar 31, 08 3:09pm
Terkini: Kejutan pengunduran wakil rakyat Buntong, A Sivasubramaniam, daripada DAP berakhir petang ini apabila beliau menarik balik surat itu selepas enam jam.


Berita asal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Sivasubramaniam, hari ini keluar daripada DAP sebagai membantah pengagihan barisan exco negeri Perak yang membelakangkan wakil rakyat India.
img413/6079/picasivasubramaniam777ble6.png

Dalam suratnya kepada setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa, pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham gagal menunaikan janjinya untuk melantik dua wakil rakyat kaum India menganggotai barisan exco negeri itu.

Selamat datang kepada Dr Khir Toyo

Dunia blogger semakin meriah sekarang ini dengan pelbagai latar cuba mencelah masuk dengan pelbagai ragam pengalaman. Selamat datang diucapkan kepada Dr Khir Toyo dunia blogger. Selamat menulis dan janganlah hanya 'panas-panas pisang' jer nak menulis, nanti terus menghilang apabila menang Ketua Pemuda UMNO pulak...


Enter Khir Toyo the blogger
Syed Jaymal Zahiid | Mar 31, 08 3:31pm

Former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo is now officially a member of the blogging community.

His blog called 'Cetusan Dr Mohd Khir Toyo' was launched last Friday and according to him, it has received 22,000 curious viewers since.

img380/3258/fd0de064359edb17dfdf9cezq4.jpgThough the ‘blogophere’ is often associated with opposition dissent, the former MB has found it apt to wrest the online space from the monopoly of the opposition in the wake of the March 8 polls.

Internet space via blogs was one of the major weapons in the opposition arsenal in the run-up to the elections. Even the government has acknowledged this.

Rentetan catatan sebelum ini : Apakah kerajaan BN dan BA ambil pusing? 'Asian rice crisis starts to bite'.

Rentetan dari tulisan sebelum ini 'Apakah kerajaan BN dan BA ambil pusing? 'Asian rice crisis starts to bite'.

Nampak ada gerak isyarat bagi kerajaan menjaga perkara asas dalam keperluan rakyat. Syukur! Walaupun nampak rapuh kenyataan yang dibuat YB TPM, sekurang-kurang tidak naik harga pun, sudah sangat memadai.

Harga beras tidak naik – Najib

KUALA LUMPUR 31 Mac – Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga beras, walaupun harga komoditi lain terus meningkat pada masa ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebaliknya kerajaan akan memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi termasuk mendapatkannya dari negara-negara jiran.

‘‘Kerajaan sedang memantau keadaan itu dengan serius dan kita perlu memastikan keperluan beras mencukupi.

‘‘Kita sedar berlaku kekurangan bekalan dalam pasaran sekarang dan kita perlu mendapatkannya dari negara serantau,’’ katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan prospektus Dayang Enterprise Holdings Bhd., di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai bekalan beras di negara ini dan kedudukan harga-harga komoditi lain yang tinggi mungkin menjejaskan subsidi beras.

Kebimbangan ke atas bekalan beras itu timbul berikutan permintaan tinggi terhadap bekalan itu di rantau ini.

Najib berkata, kerajaan perlu mendapatkan bekalan beras dari luar negara kerana sebarang usaha untuk menambah bekalan di dalam negara akan mengambil masa.

Tambah beliau, Majlis Kawalan Harga Negara akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kaedah untuk mengawal kenaikan harga barang agar tidak membebankan orang ramai.

Sunday, March 30, 2008

Apakah kerajaan BN dan BA ambil pusing? 'Asian rice crisis starts to bite'


img460/1859/pensilserban2oz1.jpgPenulis : serbansongket

Terbaca artikel dalam Al-Jazeera ini, teringat kembali kepada protes rakyat Indonesia kepada kenaikan harga beras di Jakarta awal bulan ini.

img412/45/rice5f378cjl2.png

Apakah lumpuhnya majoriti 2/3 BN pada PRU 12 menyebabkan kepekaan mereka akan jadi cacat cela kepada kehendak asasi rakyat? Adakah kesukaan BA dengan kemenangan juga telah menghilangkan isu ini bersama gelak ketawa di stadium-stadium besar yang baru di sewa untuk berceramah?

Mereka berhak menangis dengan kekalahan, mereka berhak ketawa dengan kemenangan kerana itulah jalan kepada perjuangan dan pertandingan. Tetapi dalam tawa dan tangis itu janganlah diketepikan isu besar dan utama ini.Tiada beras bermakna rakyat tidak boleh makan. Apa peduli siapa memerintah, rakyat akan bangun memberontak untuk mendapatkan keperluan hidup. Suara rakyat, suara keramat!

Isu Globalisasi.

img301/6105/globalization69d4a6mu1.png

Inilah tempias kepada fenomena globalisasi di mana makanan ruji rakyat sesebuah negara terpaksa di kongsi dengan masyarakat dunia. Permintaan beras semakin meningkat di negara Afrika dan Timur Tengah dan termasuk di Eropah sendiri. Inilahkan akibatnya iklan 'Uncle Bean, serves in 2 minutes'.Iklan Global!

img404/8901/unclebensricekalynskitcdf0.png

Inilah peranan semua orang untuk menyedarkan betapa peri pentingnya kerajaan yang memihak kepada 'keperluan asas' rakyat. Mungkin kepada yang berada di Eropah, bolehlah menyedarkan kepada rakan-rakan sekerja mahupun rakan sekelas jangan makan nasi kerana kami di Asia perlukan beras yang 'you' makan. Mungkin sekadar pandangan .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asian rice crisis starts to bite

By Hannah Belcher



img413/1866/1244230197cf198ws1.jpg




Fluctuations in rice prices and shortages in supply could potentially touch off unrest [AFP]

Cambodia
has become the latest Asian country to impose restrictions on exports of rice – the staple food for half the world's population.
The government announced the two-month export ban to ensure "food security" on Thursday, blaming surging overseas demand – particularly in Africa and the Middle East - for the skyrocketing cost of rice.
Worldwide rising demand has seen rice stocks plummet to their lowest in about three decades, with average prices doubling over the last five years.
Earlier this month the UN secretary general warned that global food stocks had fallen to their lowest level in decades, driving prices up and threatening millions with starvation.
That is worrying governments – especially in the poorer Asian nations where a rise of even a few cents can for millions mean a difference between surviving or going hungry.
Earlier this month, the rising cost of rice brought protesters onto the streets of the Indonesian capital, Jakarta.
img144/5097/aljazzeraadbig79d729xj9.png

Saturday, March 29, 2008

Transfer duit murah

Ada sahabat yang bertanya, bagaimana nak transfer duit dengan murah.
Cara guna moneybookers dikatakan murah jugak. Sebelum transfer tu, fikir-fikirlah dah bayar zakat pendapatan ke belum!
Gunalah mana yang terbaik asalkan wang selamat.

img153/596/wu34c6894oe1.png

https://www.moneybookers.com/app/?rid=3340224

Tuesday, March 25, 2008

Selamat Datang Datuk Dr Lim Keng Yaik..

Seorang lagi pesara Menteri memasuki 'alam mula bloggers'.Selamat datang diucapkan kepada Datuk.Janganlah Datuk terasa kalau ada yang tidak bersetuju dengan pandangan Datuk nanti. Bertambah kayalah khazanah penulisan kita dengan pengalaman beliau
--------------------------------------------------------------------------------------

Keng Yaik mahu jadi penulis blog

PUTRAJAYA 25 Mac - Setelah 36 tahun memegang jawatan menteri Kabinet, bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berhasrat menjadi penulis blog bagi menyampaikan pandangannya di luar kerajaan.

Keng Yaik, 69, bagaimanapun menganggap hasratnya bertukar profesion kepada penulis blog sebagai soal peribadi.

''Anda tengoklah dalam internet, kalau blog saya ada, adalah...," katanya sambil tertawa.

Selamat Datang Datuk Dr Lim Keng Yaik..

Keng Yaik mahu jadi penulis blog

PUTRAJAYA 25 Mac - Setelah 36 tahun memegang jawatan menteri Kabinet, bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berhasrat menjadi penulis blog bagi menyampaikan pandangannya di luar kerajaan.

Keng Yaik, 69, bagaimanapun menganggap hasratnya bertukar profesion kepada penulis blog sebagai soal peribadi.

''Anda tengoklah dalam internet, kalau blog saya ada, adalah...," katanya sambil tertawa.

Monday, March 24, 2008

Pusat Khidmat Masyarakat Adun/Parlimen : Pengendalian yang berkesan

Selalu kita terbaca di dada akhbar kejayaan ADUN/MP untuk mengekalkan kerusi ADUN/Parlimen selalu bergantung sejauh mana kekuatan ADUN/MP menjaga 'Pusat Khidmat Masyarakat' (PHM )mereka.

Penulis tidak tahu sejauh mana kajian ilmiah secara akademik telah di buat bagaimana ADUN/MP sebelum ini menggerakkan PHM. Jika telah dibuat kajian oleh para sarjana atau pemegang Phd mengolah persoalan ini, adalah lebih baik diwar-warkan oleh media perdana agar semua masyarakat dapat manfaat dari PHM.

Jika kita ziarah PHM yang berlainan ( sama ada dari berlainan parti @ berbeza kawasan dari parti sama), maka kita pasti akan mendapati corak yang berbeza pentadbirannya, layanannya, bentuk pejabatnya, bunga, hiasan dan lain-lain. Kadang-kala jika kita ingin mengadu sesuatu perkara, barulah petugas di PHM akan mengambil pen di atas meja dan membuka kertas baru untuk mencatat dengan sebaiknya.

Perkara ini selalu berulang-ulang untuk masalah yang sama di adu. Apatah salahnya di PHM tersebut dibuka satu fail khas dengan pelbagai masalah. Jika di adu dengan masalah longkang, bukalah fail 'longkang' beserta dengan gambar yang telah diambil (jika ada), nombor masalah tersebut dilaporkan, nombor urusan setakat mana perkara tersebut dilanjutkan kepada pihak berkuasa ( sama ada JKR, Majlis Perbandaran, Pemaju Perumahan, Telekom, TNB ) yang terbabit dan lain-lain.

Setelah berlalu PRU 12, rakyat berhak mendapat 'durian runtuh' dari semangat YB ADUN/MP yang baru. Tetapi selepas PRU ini, nampaknya ada wakil rakyat yang masih goyang untuk memberi khidmat secara berterusan kepada masyarakat. Sepatutnya perkara ini tidak perlu berlaku.

Mungkin pada peringkat ini ,rakyat di seluruh negara yang prihatin perlu mewujudkan satu badan bebas untuk memantau semua pusat PHM di seluruh negara agar rakyat mendapat manfaat sebaiknya. Mungkin NGO tersebut boleh dinamakan Pemantau Pusat Khidmat Masyarakat Adun Parlimen (PPKMAP)


img265/4769/harakahefdb52gu9.png
Leong Ngah Ngah dedah rahsia kejayaan

Basiron Abdul Wahab

MENTAKAB, 24 Mac (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Triang, Pahang Leong Ngah Ngah mendedahkan rahsia kejayaannya mempertahankan kerusi Dun berkenaan selama empat penggal berturut-turut ialah kerana khidmat masyarakat yang diberikanya.

Berucap merasmikan Pusat Khidmat Rakyat, Barisan Alternatif (BA) di Mentakab berliau menyatakan, semuanya bermula pada tahun 1984, iaitu dua tahun sebelum beliau menyertai pilihan raya umum 1986.

Menurutnya, walaupun telah dua tahun memberi khidmat masyarakat, beliau belum menang dalam pilihan raya umum 1986 itu, tetapi beliau tidak putus asa untuk meneruskan khidmatnya.

Pada tahun 1990 beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya dan menang sehinggalah ke hari ini (2008).

Katanya, khidmat kepada masyarakat ini penting kerana tidak semua orang tahu bagaimana untuk membuat urusan dengan pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya.

"Walaupun tidak semua perkara yang kita uruskan itu berhasil tetapi sekurang-kurangya rakyat tahu kita telah berusaha membantu mereka.

"Pusat Khidmat ini sangat penting kepada masyarakat dan masyarakat boleh memanfaatkannya," ujarnya. - mns. img265/4769/harakahefdb52gu9.png


Satu pendekatan perancangan ekonomi yang baik dari Presiden baru Taiwan. Merancang merancakkan ekonomi Taiwan secara :
1. Mix of tax cuts
2.Deregulation
3. Privatisation.

img181/586/houses8f21104fp9.png

So, macam mana dengan Malaysia sekarang ini. Tak ada dengar bunyi ler pula perancangan sepadu dari PM + Menteri Kewangan baru! Menteri Kewangan II pun tak berbunyi ler pulak dengan perancangan terencana.

Yang di dengar hanya dari DSAI untuk membawa pelabur dari Timur Tengah dan Syarikat besar dari China. Sape yang jadi Perdana Menteri dan Menteri kewangan sebenarnya nie?

img237/9668/tubular8f41c84cq1.png

Harapan dari Kelantan seperti yang dinyatakan oleh Dato Husam Musa, untuk membawa masuk pelabur membina 'keretapi pantas' ke Pulau Pinang dan depoh pendaratan Gas di Kelantan.

Masih ada cahaya kemajuan ekonomi untuk Malaysia rupa-rupanya dalam suasana ekonomi dunia yang suram ini. Inilah hasil 'pemacu demokrasi' yang seimbang dan baik.
-----------------------------------------------------------------------------------------
img356/7508/financialtimeslogo8e079hd9.png

S Korean pledge to transform economy

By Song Jung-a in Seoul

Published: March 23 2008 22:02 | Last updated: March 23 2008 22:02

South Korea’s new president has pledged to transform Asia’s third biggest economy through a mix of tax cuts, deregulation and privatisation, sticking to his promise to boost the country’s economic growth to 7 per cent a year in spite of the global market turmoil.

Lee Myung-bak, a former businessman who became South Korea’s president a month ago, vowed to create a better investment environment for domestic and international companies.

“Business is the foundation of the economy, and the economy will recover only when business activities are re-energised,” Mr Lee said in an interview over the weekend. “And business here means big and small companies, and the workers and management of the companies.”

The former Hyundai Construction chief executive was elected with a mandate to overhaul South Korea’s economy, which is beginning to lose momentum after four decades of export-led growth.img356/7508/financialtimeslogo8e079hd9.png

Apa khabar biodiesel Malaysia yek?


Satu usaha yang menarik. Di Malaysia macam mana yek dengan segala usaha nak 'mendiesel' kan bahan-bahan buangan dari jerami, bahan buangan dari kelapa sawit, sampah sarap dll.

Adakah usaha ini terbantut setelah bertukarnya menteri-menteri. Jika dibuat satu polisi yang baik, insyallah segala usaha ini akan berhasil dengannya.


------------------------------------------------------------------------------------------------

Got milk? Convert it into biofuel


Image: Milk

Researchers tap organic water as a source of energy production.
By Bryn Nelson
Columnist
MSNBC
updated 8:58 a.m. ET March 24, 200

There’s no use crying over spilled milk in Japan. Not when it can be converted into biogas.

As the alternative energy movement picks up steam, researchers are increasingly looking to their local communities for tons of organic waste that could be transformed into more environmentally friendly biofuels. At the Nigata Institute of Technology in Kashiwazaki, Japan, that mindset has spurred scientists to give new life to spoiled milk and rotting jellyfish. At the University of California at Davis, engineers have repurposed table scraps from swank Bay Area restaurants. And at the United Kingdom’s University of Birmingham, researchers have diverted gooey nougat, caramel and other confectionary waste from the nearby Cadbury Schweppes plant.

Who knew that Cadbury Creme Eggs could be good for the environment?


Sunday, March 23, 2008

Baru tahu apa sebenarnya identiti mamat nie!

Sebelum nie, An Egyptian-born, non-practicing Muslim, Magdi Allam banyak jugak mempertikaikan 'Islam Rules' dan penyokong kuat Israel. Sekarang dia dah tunjukkan 'true colour' about his opinion.

Jadi tak ada sebab lepas nie dia nak stand as personal Muslim perspective. So kena declare as Catholic scholar la pulak..

Hidup dia yang diwarnai dengan ' Married to a Catholic, with a young son and two adult children from his first marriage', so tidak perlu menjadi persoalan di mana datang keinginan untuk covert!

Apa yang diperkatakan oleh 'The Union of Islamic Communities in Italy -- which Allam has frequently criticized as having links to Hamas -- said the baptism was a personal choice.' sangat bertepatan sekali. Sebagai 'minoriti' di Italy, inilah ungkapan 'diplomatik' yang boleh dinyatakan.

Banyak pengajaran yang boleh diambil sebagai muslim untuk kisah ini.

Prominent Muslim becomes Catholic on Easter

img245/115/cnnlogo3553042cb7.png

VATICAN CITY (AP) -- Italy's most prominent Muslim commentator converted to Roman Catholicism on Saturday during the Vatican's Easter vigil service presided over by the pope.

art.magdi.allam.ap.jpg

Pope Benedict XVI baptizes Magdi Allam during the Vatican's Easter vigil service.

An Egyptian-born, non-practicing Muslim, Magdi Allam has infuriated some fellow Muslims with his criticism of extremism and support for Israel.

The deputy editor of the Corriere della Sera newspaper, Allam often writes on Muslim and Arab affairs.img245/115/cnnlogo3553042cb7.png

Betui ka x-menteri dah tukar keje!

Melihat kepada 'super impose' photo dalam website 'cakap tak serupa bikin', terkial-kial' gelak..
Nampak menarik gambar yang di bikin.
Ini contoh gambar yang ada :




Tapi pape pun, dah selepas pilihanraya nie, rakyat dah menghukum diaorang. Cukup-cukup la dengan segala sinis pada pilihanraya hari tu. Sepatutnya kita ucapkan terima kasih pada semua x-Menteri walaupun mungkin ada silap salah, telan saham, naikkan tol, rampas tanah, robohkan rumah etc..Mana yang salah, kita serahkan pada Mahkamah untuk jalankan tugasan.

Hormatlah pada mereka yang pernah jadi pemimpin seperti mana Nabi hormat pemimpin kuasa empayar lain untuk sebarkan 'messages' keamanan, ketuhanan dan tauhid ke atas negara yang ditakluki baginda.

YB DS Najib memang pandai jaga Parlimen

Kemenangan DS Najib secara majoriti besar di Pekan menang tidak boleh dinafikan..
Lihatlah bagaimana dia menjaga kawasan Parlimennya..
Harap2 DS Najib bagi sama juga kepada kawasan lain yang terlibat dengan banjir..

Ahli Parlimen lain yang banyak duit, perlu juga buat macam nie supaya rakyat merasa habuan dalam ekonomi yang semakin merudum ni..
Banyak juga peniaga dapat walaupun mcm tak seberapa jugak sebenarnya..
------------------------------------------------------------------------------------------
img179/2779/bhlogominggu2d6c9dcfo7.png


Seramai 448 peniaga dalam bandar ini menerima bantuan RM1,500 seorang, manakala baki 32 peniaga di kawasan luar bandar pula menerima bantuan wang ihsan RM1,000 seorang.


TANDA PRIHATIN: Najib menyerahkan sumbangan kepada Abdul Rahman Mohamed Shah, 62, yang cacat penglihatan dari Kampung Rumbia, Pekan, sambil diperhatikan Mohd Basik (kiri) pada majlis menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 480 peniaga di daerah Pekan yang terbabit banjir, semalam.

Saturday, March 22, 2008

Bersetuju - Seolah satu penghinaan

Memang sangat bersetuju, ini satu penghinaan! ada ke sebagai rakan dalam satu 'barisan' boleh nak main risik-risik lak...Apa dah jadi dengan Setiausaha Agung UMNO yang baru nie! berunding kan lebih baik..

------------------------------------------------------------------------------------

Pasukan risikan satu penghinaan

KOTA KINABALU 22 Mac - Parti Maju Sabah (SAPP) menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) pusat menghantar pasukan risikan ke Sabah dan Sarawak bagi menyiasat ahli Parlimen negeri ini dianggap satu penghinaan.

Presidennya, Datuk Yong Teck Lee berkata, ia merupakan penghinaan kepada ahli Parlimen BN negeri ini jika mereka disoal siasat oleh rakan seperjuangan mereka dari Semenanjung.

"Ini sebahagian daripada intipan terhadap parti komponen BN di Sabah yang saya rasa satu penghinaan.

"Ia seolah-olah kami di sini kurang setia berbanding ahli Parlimen di Semenanjung sedangkan kami berhak mendapat lebih penghormatan dan penghargaan daripada pucuk pimpinan BN," katanya ketika ditemui di sini hari ini.img89/4599/logo1c57f53vk5.png

Terangganu ler pulak nak pulau!

La..nak pulau ler pulak....hari tu kat Perak, marah pada YB Lim Kit Siang menderhaka pada DYMM Sultan Perak...
Sekarang nie, siapa yang menderaka lak!
Utusan sendiri yang dedahkan, bukan media lain tu!
img89/7969/ignorec57ee6up1.png
---------------------------------------------------------------------------------

23 ADUN BN mahu pulaukan majlis angkat sumpah

22/03/2008 6:06pm

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh.

----------------------------------------------------------------------------------
img141/4258/a333ccb1a0f2909cedeb535fy0.jpg
  • MB T'ganu: 23 wakil BN pulau Ahmad
    Mar 22, 08 6:06pm
  • kemaskini 7:22pm Wakil rakyat Kijal, Datuk Ahmad Said, dilantik menteri besar baru Terengganu - menamatkan suasana tidak pasti tetapi 23 wakil BN ingin memulaukan majlis angkat sumpah esok.

Kemelut UMNO : Ku Li nak bertanding

Hari ini YAB DS Ali Rustam lak kasi komen...bagi ler Ku Li nyatakan dulu dalam EGM yang dia peloporkan tu...Bagus gak klu leh dengar pandangan dari semua org dulu YAB!
----------------------------------------------------------------------------------------
img519/5411/logoumno2c57f43xg6.png

Hasrat Tengku Razaleigh keruhkan keadaan - Mohd Ali

22/03/2008 4:23pm

MELAKA 22 Mac - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan hasrat Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang, sebagai tidak wajar.

Beliau berkata, hasrat Tengku Razaleigh itu jika diteruskan juga dikhuatiri mengeruhkan suasana keharmonian parti tersebut.

Perak Ku Yang Baru

Email dari exco Anak Perak UK Ireland...Menarik kupasan yang dibuat..sungguh teliti serta bermaklumat..
img502/3690/600pxflagofperaksvgc57fft8.png
------------------------------------------------------------------------------------------------

Baru nie seorang rakan singgah ke rumah. Satu ayat yang saya tak leh terima iaitu, "bodoh betoi orang Perak berMB kan parti yang ada 6 ADUN dan menjadi puppet kepada parti gabungannya" .

Sebagai rakyat perak saya tersentak dgn statement tersebut, bukan kerana saya penyokong atas mana-mana parti tersebut tetapi terguris bila rakan saya tu cakap 'orang perak'. Sebagai anak perak dan rakyat malaysia. Pendirianku sekarang ialah PAK LAH ADALAH PMku DAN HJ NIZAR ADALAH MBku. Itulah profesionalisme yg kita mesti terima. Mengulas sentakkan tadi saya ingin mengulas dari sudut sejarah dan politiknya.

img146/7886/117340190706badawiafpgewn5.png

Mungkin pelik kerana Menteri Besar Perak itu daripada PAS dan yang menang majoritinya adalah DAP. Dengan kekuatan enam kerusi yangdimenangi oleh PAS adalah angka yang terlalu jauh untuk dibandingkan dengan bilangan kerusi DAP Perak yang memperolehi 18 kerusi dan PKRyang mendapat tujuh kerusi.

Diperkenan oleh Pemangku DYMM Sultan Perak

img337/9035/raja12190507persandingasg7.png

Dari segi agihan kerusi EXCO juga memperlihatkan kekuatan angka tidak berada pada YAB Nizar kerana PAS hanya memiliki satu kerusi Exco berbanding DAPyang mempunyai enam dan PKR pula tiga.Kini kekuatan angka hanya satu andaian yang tidak tepat pada semua tempat dan keadaan. Pelantikan dan perkenan dari DYMMSultan Perak kepada pemilihan YAB Ir. Hj. Nizar menunjukkan pelantikan ketua kerajaan negeri harus juga dinilai dari segi kekuatan peribadi. Berdasarkan latar belakang MB Perak, agak sukar bagi DAP dan PKR juga BN untuk mempertikaikan potensi keupayaannya.

Negeri Sabah

img170/5588/nov06sabahc57f82zs5.png

Di Sabah, sejak pelaksanaan sistem penggiliran Ketua Menteri, parti-parti kecil dalam komponen Barisan Nasional berhakuntuk mengetuai kerajaan negeri Sabah. Pelantikan Ketua-ketua Menteridaripada UMNO tidak dipertikaikan tetapi bagaimana pelantikan Ketua Menteri Sabah seperti Yong Teik Lee daripada SAPP sebuah parti kecildan Chang Kah Kiat (LDP) sebuah parti yang hanya ada dua ADUN sahaja?

Ribut Politik Di Pulau Pinang.

img246/2610/apmalaysia1041228sshc57ah0.png

DiPulau Pinang, walaupun UMNO yang memenangi banyak kerusi DUN tetapiparti Gerakan yang diberikan jawatan Ketua Menteri.Bukan sepenggal tetapi berpenggal-penggal lamanya. Tidak pernah berlaku, selepasGerakan menguasai Pulau Pinang, orang Melayu khususnyua daripada UMNOyang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tun Razak sendiri pernah berjanji akan memberikan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sewaktu usaha penubuhan Barisan Nasional 1973, Adakah ketika itu, Ketua Menteri Pulau Pinang menjadi `puppet' pada UMNO? Atau sebaliknya, UMNO menjadi `puppet' kepada Gerakan? Ini sekadar satu lontaran soalan yang menuntut kajian terperinci sebelum menjawabnya. namun kenapa tiada seorang pun antara kita yg mengherdik orang Penang dan Sabah sebelum ini.

Peringkat Antarabangsa

img509/7950/musharaftiredc57fa1sb8.png

Apabila kita meninjau ke peringkat politik antarabangsa, pakatan politik antaraNawaf Sharif yang mengetuai PML (N) ataupun Liga Muslim Pakistan dengan Benazir Bhutto yang memimpin PPP dalam memberikan tekanan politik keatas General Musharraf untuk melepaskan kuasanya. Walaupun antara PPPdengan PML (N) mempunyai pertentangan dasar tetapi dalam berhadapan General Musharraf mereka berpakat. Bahkan pakatan ini sebenarnya melibatkan 33 buah parti politik. Apabila Benazir Bhutto mati terbunuh,pakatan politik itu diteruskan dan Asif Ali Zardari, suami BenazirBhutto kemungkinan akan dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan dengan sokongan oleh Nawaf Sharif.

img176/1527/displayc57fa1hz4.png

Begitu juga ia berlaku di Turki sewaktu Najmuddin Erbakan memimpin parti Refah menang 33.5% dan terpaksa berkongsi dengan parti sekular TPP pimpinan Tansu Ciller yang mendapat 21.1%. Pada tahun 1996, Najmuddin menjadi Perdana Menteri dengan bekerjasama musuh politiknya, Mesut Yilmez(ANAP) dan Tansu Ciller (TPP) untuk membentuk sebuah kerajaan campuran.Terdapat banyak contoh yang boleh diberikan untuk menunjukan terdapat situasi politik yang sama dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya.

Rasional la sikit

img237/7218/rationalc57fb1iz4.png

Akhir kata wahai rakan-rakan academician, walau apapun yg berlaku di malaysia, kita disini perlulah rasional dan dan jangan sebab isu di Malaysia kita tidak menjaga ukhuwah dan persahabatan dan bahasa kite.