Bila Hamas menang,AKP menang PKS menang....
Selalunya, kita tuding jari,marahkan PAS itu dan ini, dan giler nak jadi wakil Hamas...
Kan bagus, kalau kita tumpang gembira...dan bersemangat nak bagi kita menang plak..
Bila tengok Iran lancarkan peluru berpandu baru..
Selalunya, kita gila nak jadi syiah, salahkan mazhab kita,punca kemunduran..
Kan bagus kalau kita cemburu dan lepas tu berusaha supaya kita boleh capai kejayaan yang lebih cemerlang...
Bila terjumpa idea baru...
Selalunya, kita cepat melatah dan kutuk orang2 terdahulu kata mereka obsolete..
Kan bagus kalau kita hadamkan dan cuba sesuaikan idea2 baru dengan yang lama dengan cara bersopan santun..
Bila islamist di timur tengah kena tangkap..
Selalunya kita puji dan pandang tinggi akan pengorbanan mereka...
Kan bagus, kalau pujian dan penghormatan yang sama diberikan juga pada islamist2 yang ada di negara kita...
Bila ustaz baru datang perkenalkan idea baru,kutuk tok2 guru...
Selalunya, kita gila nak sembah dia,lalu jadi wahabi..
Kan bagus,kalau kita bertenang dan ikut jumhur ulama..takderla huru-hara
Bila Amerika serang Iran, Israel serang Hizbullah..
Selalunya, kita teragak2 nak sokong yang mana..sebab lain mazhab
Kan bagus,kita lupakan perbezaan mazhab dan sokong saudara seislam menentang kezaliman...
Bila orang tanya,apa hubungan kita dengan gerakan islam sedunia...
Selalunya, kita teragak2 tak tau apa nak jawab..
Kan bagus, kalau kita dengan yakin jawab kita adalah bersaudara dengan mana2 ahli2 gerakan islam sedunia..tak kira bangsa atau mazhab..asalkan lawan kezaliman,dan nak Islam itulah saudara kita..yang membezakan cuma faktor geografi..sorang terpaksa berjuang di timur tengah,sorang di nusantara.. tapi kalau orang pas pergi jadi rakyat palestine,otomatis dia kena join hamas dan begitulah sebaliknya.. bukan jadi bangang tubuh PAS di Palestine atau Hamas di Malaysia..
Saya menyeru semua untuk membuangkan sifat bangang dari diri masing2.. berdosa hukumnya kalau biarkan diri dibelenggu dengan kebangangan. .
Akhir sekali,marilah kita bersatu dan menentang kezaliman..takdak beza antara syiah,sunni mahupun wahabi..asalkan semua menentang kezaliman dan mahu menegakkan Islam.. dunia ini hanya terpecah dua, baik atau jahat..amerika atau islam...pas atau umno..
Umno mesia,umno mesir,umno jordan semua menindas puak2 islam.. pas palestine,pas mesia,pas mesir semua ditindas umno..jadi marilah fokus dan menentang kezaliman...
Sunday, December 16, 2007
Ini Sepatutnya Sikap Kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment