Sunday, December 16, 2007

BERSIH penerusan momentum 'black September 98'.

img460/1859/pensilserban2oz1.jpg
Penulis : serbansongket

No compromise! Mengikut perkiraan , semua orang yang tidak hadir sepatutnya menulis email penghargaan atau mengutuskan surat biasa kepada seluruh warga 'kuning' yang turun 10 November lepas. Tiada pengecualian.

Penghargaan!

Yang tiada dalam haraki , tulis secara individu. Yang memegang tampuk dan berkedudukan , carilah jalan menyampaikan sejunjung penghargaan kepada Pucuk Pimpinan Pas yang berdiri kukuh, tetap mengadakan perhimpunan BERSIH walaupun di asak dengan kepelbagaian rintangan. Tahniah semua warga kuning!

Yang berpedih mata, berhujan, dipukul, ditahan dan sebagainya telah berkorban 'on behalf' kita yang tidak dapat hadir. Kita yang tidak hadir ini juga, dalam keadaan 'hampir menang' nanti, masih merungut sakan dalam ruang selesa yang sengaja kita cari.

Bertanya kabar sesama kita.

Inilah masanya bagi kita untuk bertanya kabar kepada semua kenalan kita. Berbuallah topik paling hangat dan jernih ketika ini, BERSIH! Bertanyalah kepada bekas-bekas pimpinan,atau mana-mana kenalan, adakah mereka juga turut turun bersama hari bersejarah tersebut!

Adakah hanya bersemangat semasa menjadi pelajar, menulis dan meng'up date' blog di sini sana, semasa berhujah penuh tajam dalam mesyuarat Agung, tetapi lembut terjepuk jatuh dalam haruk piruk alam pekerjaan dan keluarga. Jika tidak turun, kenapa dan kenapa! Sudar pudar atau sudah susut semangatnya. Jika sudah susut, pugarkan kembali semangat mereka. Jangan salahkan mereka tidak turun, nanti mereka 'merajuk', sudah kurang 'satu undi' kita.http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/tsmileys2/04.gif

Jadilah sifat pemaaf dan mesra sesama kita.

Ampunkan jiwa mereka kali ini kerana 'lambang kuning adalah lambang pengampunan! Sehabis dihukum oleh mahkamah, tempat terakhir adalah 'harijadi Tuan Empunya Kuning'. Jika diampunkan Tuanku Paduka Agung, terlepaslah hukuman dunia, jika tidak, keranda mana hendak di muatkan, sudah boleh di order dua tiga!

Rakyat sudah bangkit

Penulis sama sekali tidak menyangka begitu ramai rakyat marhaen yang turun 10/11 tempoh hari. Terharu dengan sambutan sebegitu. Terharu juga membaca tulisan blog kudakepang :

Seorang eksekutif syarikat swasta pula mengirimkan sms: “Alhamdulillah. Saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah, seorang individu dan lebih penting lagi, sebagai seorang Muslim. Perarakan ini adalah untuk anak saya, agama saya, bangsa saya dan negara saya. Daulat Tuanku!”

Begitu tajam sekali yang ditulis oleh RPK ( Raja Komando), dalam m2day.org

I can of course avoid going to the Dataran Merdeka on 10 November 2007 by renouncing Islam. I can declare that I have become a murtad (apostate) and am now no longer a Muslim. I can say that I do not believe in God or believe that Muhammad is the Prophet of God. Then I will be exempted from going to the Dataran Merdeka on 10 November 2007. But as long as I still wish to remain a Muslim then I have no choice in the matter. Whether I really want to go to the Dataran Merdeka on 10 November 2007 is not my decision. Islam has decided that I must as it is my Islamic duty to do so.

Pasted from <http://www.m2day.org/nuc2007/barred.php>

Penutup

Penulis juga merisik-risik jika 'mentor demo kita dulu' turun sekali . Hilang nama Ezam, Roslan Kassim, Lokman Adam dan beberapa reformis lagi. ( Jika ada berita mereka turun, sila msg kan!)

Begitulah perjuangan! Hilang pasti berganti, pasti akan ada tali peyambungnya dalam perjuagan memartabatkan suara rakyat. Hilang mereka, Unit Amal yang lebih tersusun di lambung sebagai wira pula. Tahniah kepada mereka.

Begitulah kita dalam dunia yang fana ini, tidak boleh sombong seolah-olah jika kita tiada dalam gerakan kebangkitan rakyat ini,dalam perjuangan ini, seolah-olah sudah hilang segala kekuatan dan strategi. Allah lagi maha mengetahui segala yang terdahulu dan akan datang. Berdoalah untuk bersama-sama dalam perjuangan ini. Amin.

Takbir! Takbir! Takbir!

No comments: