http://malaysia-today.net/blog2006/ShamRais.php
Tentu ramai dari kita sudah membaca Presiden Iran 'dibelasah' dengan ucapan kasar dari seorang ilmuan, Presiden University Columbia,Lee Bollinger. Biadap sungguh memulakan ucapan memanggil tetamu sebagai diktator yang kerdil.
Tulisan ini bukan mahu mengulas lawatan Presiden Iran ke US + Venezuela atau ucapan PM Malaysia di PBB yang separuh sedar dan tidur, tetapi mahu membangkitkan rasa kesedaran yang sesama warga dunia bahawa kita masih ada lagi pemimpin dunia yang sanggup memimpin kita (dunia) menentang pasca Neo-Pan-America-Europe.(Hilangnya suara Dr Mahathir makin terasa kini). Menentang imperialisme dalam bentuk baru, bentuk IMF, Bank Dunia, Interest ( Riba), kurangkan subsidi petani di negara membangun, Free markets, Liberal Democracy dan lain-lain.
Pakatan rapat yang berlainan ideologi antara Iran- Venezuela bermodalkan USD 2 billion (atau lebih) akan lebih bermakna. Sebagai badan gabungan pengeluar minyak OPEC ( 20% pengeluar minyak dunia) akan cuba tekan dan menekan sifat negara yang banyak menelan minyak dunia atau dunia teknologi petrolium.Moga berjaya tuan Ahmadinejad dan tuan Hugo Chavez.
Dunia sekarang memang sakit tenat dengan pencapaian ahli politik demokrasi serta sistem kapitalis yang menumpukan GDP, net profit, pasca cukai melampau dan sistem pertukaran matawang yang menekan negara miskin. Sampai bila dinar emas kembali pun, sudah tidak larat hendak dijangka.. Moga usaha Kelantan yang dikasihi diperkasakan.
Rakyat Malaysia sudah cukup menderita dengan perangai pemimpin yang rakus dan tamak. Rakyat dunia sudah muak dengan janji manis para ahli politik yang ditaja puak kapitalis serta mereka yang rabun menyokong free market serta liberalsasi.
Terus dan berterusan rakyat dunia mengimpikan kebahagian memiliki keselesaan serta keselamatan. Memiliki ruang rumah kepada semua warga dengan harga berpatutan.Ruang kebajikan yang baik. Sampai bilakah ianya akan bertemu! Adakah dibawah sistem Sosialiran-Zuela free markets" & "liberal democracy". Atau ada lagi sistem yang lebih baik? Penulis kepenatan memikirkan nama terbaik untuk menggabungkan semua nama tersebut. Mati akal mencari nama yang terbaik untuk adil kepada semua.
Sebelum masa penulis terbuang, hanya memikirkan nama sesuai untuk semua gabungan, cukuplah sekadar kita menamakan 'Sistem Islamisasi' yang semuanya mencukupi dari masuk tandas sampailah kepada pengkebumian Presiden sesebuah negara. Moga nama 'Sistem Islamisasi' ini memberikan kelegaan kepada penulis serta pembaca